Keadaan jalan bertambah buruk dengan kelihatannya jalan yang runtuh dan beberapa rumah yang retak dan runtuh dan satu gegaran kecil dirasakan ketika kami bersarapan pagi. Namun perjalan diteruskan dan kami melalui 'kawasan hitam' yang sering diganggu oleh tentera GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Di pertengahan jalan, kami diberitakan bahawa sebuah jambatan di hadapan telah roboh dan jalan ke Meulaboh telah terputus sama sekali dan kami terpaksa berpatah balik ke Medan.